Hal Ehwal Murid

Carta Organisasi HEM

FUNGSI UTAMA

1.             Perancangan semua aktiviti peningkatan disiplin, sahsiah / bina insan, keselamatan dan kebajikan di semua peringkat sekolah.
2.            Pengelolaan semua aktiviti peningkatan disiplin, sahsiah / bina insan, keselamatan dan kebajikan di semua peringkat sekolah.
3.            Penyeliaan dan pengawalan semua aktiviti peningkatan disiplin, sahsiah / bina insan, keselamatan, kebajikan di semua peringkat sekolah.
4.            Penyelarasan semua aktiviti peningkatan disiplin, sahsiah / bina insan, keselamatan, kebajikan di semua peringkat sekolah.
5.            Pengurusan semua aktiviti peningkatan disiplin, sahsiah / bina insan, keselamatan, kebajikan di semua peringkat sekolah.

OBJEKTIF
1.     Melahirkan murid-murid yang mempunyai disiplin dan sahsiah yang baik
2.    Memastikan keselamatan dan kebajikan murid dititikberatkan.
3.    Memastikan murid-murid mendapat khidmat bimbingan ke arah sahsiah yang terpuji.
4.    Mewujudkan sistem rekod murid yang kemas kini.
5.    Memastikan semua murid mendapat layanan kemudahan dan kebajikan yang saksama ke arah peningkatan kualiti pembelajaran di sekolah.
6.    Menerap dan menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid bagi melahirkan insan berilmu, beriman, berakhlak mulia, bersopan santun, berdisiplin, bertanggungjawab, ramah mesra dan saling hormat menghormati.
7.    Menentukan keselamatan murid terjamin dan dalam keadaan selesa semasa berada di sekolah.
Sentiasa bersikap terbuka dan menjalin hubungan mesra dengan ibu bapa murid.

TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID

1.         Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran, kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
2.        Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah
3.        Menggubal dan menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa.
4.        Menyelia dan menyedia kemudahan dan kebajikan murid dari segi Buku Teks. Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling, Keselamatan Pelajar, Pemeriksaan Kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
5.        Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi khidmat serta layanan yang sewajarnya kepada pengguna
6.        Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
7.        Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment