Sejarah Penubuhan Sekolah




Sekolah Kebangsaan FELDA Kahang Barat telah ditubuhkan pada 6 Januari 1980. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menggunakan 7 buah rumah peneroka sebagai bangunan sekolah.  Enam buah daripadanya digunakan sebagai bilik darjah dan sebuah lagi sebagai bilik guru dan pejabat.

Pada hari pertama persekolahan seramai 189 orang murid darjah satu hingga darjah enam telah mendaftar masuk. Bilangan gurunya pula enam orang sahaja.

Pada awal tahun 1982 sebuah bangunan sekolah dua tingkat dan kantin telah siap dibina.  Bangunan sekolah tersebut mengandungi 6 bilik darjah, pejabat dan bilik Guru Besar.  Dengan siapnya bangunan tersebut, sekolah telah berpindah ke bangunan sendiri  pada 25 Mac 1982.

Sejak mula ditubuhkan sekolah ini telah mengalami pembangunan pesat dengan pertambahan muridnya.  Untuk menampung pertambahan bilangan murid maka beberapa buah lagi bangunan telah didirikan. Di antaranya ialah sebuah bangunan B setingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah yang siap dibina pada 1 Januari 1985.  Menyusul kemudian sebuah bangunan gotong-royong yang siap dibina pada 1 Januari 1987, kemudian sebuah bangunan Pusat Sumber pula siap dibina pada 1 Disember 1989.  Seterusnya sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina di atas tapak bangunan D yang mula dibina pada pertengahan tahun 1999 dan telah diduduki pada awal tahun 2000. Bangunan C iaitu bangunan gotong-royong telah dirobohkan  dan digantikan dengan bangunan 3 tingkat yang telah siap digunakan pada tahun 2010.                                                                 

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Johor, Dato’ Hj Abdul Ghani B Othman pada 19 September 2000. 



Senara Guru Besar







1 comment:

  1. Saya murid terawal mendaftar di SK Felda Kahang Barat. Darjah 2. Antara Cikgu yang mengajar Cikgur Maniam, Cikgu Mary, Cikgu Norashikin. Terlalu banyak kenangan. Suka duka untuk menempuh ranjau hidup.

    ReplyDelete